English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

UUM-HATYAI UNIVERSITI SUMMER PROGRAM

on . Posted in News and Bulletin

UUM-HATYAI UNIVERSITI SUMMER PROGRAM

Seramai 26 orang mahasiswa yang terdiri daripada pemimpin pelajar dan 6 orang pensyarah yang diketuai oleh Puan Khemintharakorn Buaphet, Pengarah Pembangunan Pelajar, Seni dan Promosi Budaya, daripada Hatyai University, Thailand telah menyertai 'UUM - Hatyai Short Term Summer Program' yang dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Pelajar & Alumni, Kolej Perniagaan pada 31 Julai hingga 1 Ogos yang lalu.

Pelbagai aktiviti telah diatur bagi mempromosikan Universiti Utara Malaysia antaranya lawatan ke Pusat Budaya yang mana peserta disambut oleh Pengarah dan staf Pusat Budaya dan disajikan dengan persembahan kebudayaan dengan penuh meriah daripada staf Pusat Budaya dan pelajar UUM.

Peserta juga dibawa melawat Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) dan telah diberikan taklimat ringkas oleh staf PSB. Rata-rata peserta mengkagumi fasiliti yang terdapat di PSB.

Selain itu, peserta juga tidak melepaskan peluang mencuba sendiri sukan golf dan ada antara mereka pertama kali mencuba sukan ini.

Salah seorang wakil pelajar Mr. Apiwat Thongsri ketika ditemui meluahkan rasa gembira dapat menyertai program ini. Pengisian program yang padat langsung tidak terasa dengan layanan baik dan aktiviti yang menarik.

Program ini merupakan inisiatif PPACOB untuk menjana pendapatan kepada jabatan dan juga universiti. Ini merupakan kali kedua Universiti Hatyai menyertai Summer Program bersama PPA UUM COB.

Sumber : PPA COB Online