English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

BENGKEL PENILAIAN SEMULA MISSION STATEMENT UUM COB

on . Posted in News and Bulletin


aacsb201710 Julai 2017 (Isnin) – Satu Bengkel Penilaian Semula Mission Statement UUM COB telah dianjurkan oleh Unit Akreditasi AACSB UUM COB bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB). Seramai 18 orang staf akademik yang terdiri daripada profesor, profesor madya dan pensyarah kanan yang hadir mewakili pusat pengajian masing-masing bagi menjayakan bengkel ini.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menilai semula visi dan misi UUM COB sedia ada agar sentiasa relevan dan selari dengan visi dan misi Universiti. Bengkel ini juga dapat membantu setiap pusat pengajian yang berada di bawah seliaan UUM COB iaitu SEFB, SBM, STML, IBS dan TISSA untuk menilai semula dan menambahbaik visi dan misi pusat pengajian masing-masing agar selari dengan misi kolej dan Universiti sekaligus mencapai matlamat pusat pengajian, kolej dan Universiti.