English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

PROGRAM MOBILITI PELAJAR UUM COB KE UNIVERSITAS KRISTEN MARANATHA , BANDUNG INDONESIA

on . Posted in News and Bulletin

bandungSiti Zaharina binti Ahmad Assakari, pelajar tahun dua (2) dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan antara yang terpilih bagi menyertai program mobiliti berkredit selama satu (1) semester ke Universitas Kristen Maranatha, Bandung Indonesia (UKM).

Beliau merupakan calon sulung Universiti Utara Malaysia (UUM) ke UKM di bawah program Asean International Mobility for Students (AIMS) bagi sesi September 2017.

Zaharina yang juga merupakan ahli Beta Gamma Sigma UUM Chapter telah selamat menjalani sesi orientasi bersama pelajar mobiliti antarabangsa yang lain termasuklah pelajar dari Jepun dan China.

Sepanjang berada disana pelbagai pengalaman dan aktiviti telah beliau sertai antaranya yang sempat beliau kongsikan adalah menyaksikan perarakan kemerdekaan Indonesia serta menyertai minggu orientasi pelajar antarabangsa.

Antara keistimewaan menjalani program mobiliti ini adalah pelajar dapat lebih ramai kenalan dari pelbagai negara diseluruh dunia. Disamping mempelajari kursus berkaitan bidang yang diambil pelajar juga berpeluang mempelajari kebudayaan dan bahasa asing.

Zaharina berharap dengan perkongsian pengalaman seperti ini dapat memberikan lebih maklumat dan menarik lebih ramai rakan lain di UUM untuk menyertai program seperti ini.