English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

PELAJAR UUM COB SELAMAT MENDAFTAR DI UNIVERSITAS INDONESIA

on . Posted in News and Bulletin

indonesiaTiga (3) orang pelajar UUM COB yang terpilih bagi menjalani program mobiliti berkredit antarabangsa telah selamat mendaftar sebagai pelajar Universitas Indonesia (UI) Jakarta Indonesia. Mereka adalah Fatin Qistina Amira Ghazali (Ekonomi), Siti Khadijah Dolhari (Pemasaran) dan Farah Syuhada Mohd Rosli (Pentadbiran Perniagaan)

Pelajar yang mendapat tajaan penuh Asean International Mobility for Students (AIMS) ini terdiri daripada pelajar di bawah Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan dan Pusat Pengajian Ekonomi dan Perbankan. Salah seorang pelajar terpilih, Fatin Qistina Amira Ghazali meluahkan rasa teruja dan gembira kerana diberi peluang menjalani program ini.

Sepanjang minggu pertama berada di Universitas Indonesia, pelajar sempat berkongsi pengalaman serta gambar menarik melalui e-mel mereka kepada pihak PPA UUM COB.

Sebagai duta kecil UUM ke UI, Dekan PPA UUM COB Dr. Hendrik Bin Lamsali berharap pelajar dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah serta menjadi contoh kepada pelajar mobiliti lain di sana.

Bagi sesi A171 September 2017, seramai dua puluh sembilan (29) orang pelajar UUM COB telah terpilih bagi menjalani program mobiliti berkredit luar negara. Antara yang terawal menjalani program ini adalah kumpulan pelajar yang terpilih ke Universitas Indonesia (UI) Jakarta, Indonesia.

Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni (PPA) UUM COB terus meningkatkan usaha yang gigih dengan memberi galakkan kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam program pertukaran pelajar bertujuan membuka minda mereka dengan budaya dan persekitaran yang berbeza di luar negara.