English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

BGS CHAPTER UUM TERIMA ANUGERAH TERTINGGI 'HIGHEST CHAPTER HONOR'

on . Posted in News and Bulletin

bgsPencapaian cemerlang yang ditonjolkan Beta Gamma Sigma (BGS), Chapter UUM telah diiktiraf apabila menerima anugerah tertinggi Highest Chapter Honor.

Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, pengiktirafan itu adalah hasil pencapaian BGS Chapter UUM sejak tahun lalu hingga tahun ini dan tidak banyak universiti yang layak menerima anugerah tersebut.

Menurutnya, terdapat tiga kategori bagi anugerah berkenaan iaitu Highest Chapter Honor, Higher Chapter Honor dan juga Honor.

"UUM berbangga apabila dipilih untuk menerima anugerah tertinggi itu dan anugerah tersebut akan disampaikan pada Persidangan AACSB ICAM pada April 2019.

"Tahniah juga kepada UUM COB kerana ini adalah satu pengiktirafan terbaik bagi BGS Chapter UUM yang mana ia telah dimaklumkan sendiri BGS Amerika Syarikat dan hasil penerimaan anugerah ini juga melayakkan kita menerima tajaan biasiswa untuk pelajar menghadiri Global Leadership Summit di Chicago tahun ini.

"Selain itu, ia juga membolehkan BGS Chapter UUM dicalonkan bagi Anugerah Tahunan BGS iaitu Outstanding Chapter, Best Dean, Best BGS Advisor dan Best Entrepreneurial Leaderships Award," katanya.

Tambah beliau lagi, nama BGS Chapter UUM juga akan dipaparkan dalam laman sesawang BGS di bahagian senarai penerima Chapter Honor Evaluation.

BGS Chapter UUM adalah yang pertama di Malaysia dan merupakan yang kelima di rantau Asia Tenggara terdiri daripada 75 pelajar terbaik UUM dari enam pusat pengajian di bawah UUM COB dan UUM COLGIS.

Penubuhan Beta Gamma Sigma sebagai satu-satunya persatuan penghormatan akademik yang diiktiraf oleh Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) dan memberikan pengiktirafan kepada pelajar cemerlang dalam bidang perniagaan di institusi yang diiktiraf oleh AACSB termasuk UUM.

Sumber: UUM Online